Warga Kuching diseru tampil menderma darah bagi memastikan bekalan mencukupi sebelum musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Gawai.<br /><br />Menurut Ketua Jabatan Perkhidmatan Transfusi Dan Bank Darah Hospital Umum Sarawak Dr Mohammad Masrin Md Zahrin, dalam tempoh dua minggu lalu, kadar penderma datang berkurangan sebanyak 50 peratus.